Wednesday, March 19, 2008

Perginya seorang ulama'..takziah...

Assalamualaikum...
Teringat arjuna akan pesanan salah seorang anak murid kesayangan Tuan Guru Haji Lah, Pondok Lubuk Tapah..kami memanggilnya 'baba Zam' yang sekarang ini beliau berada di Mekah, menuntut ilmu talaqi di sana.. erm.. beliau selalu pesan dengan arjuna semasa sebumbung di Syria dulu.. "Zar, tok guru haji Lah pesan sokmo ko kita (saya) supaya jangan tinggal baca surah Al Waqiah tiap-tiap malam kalau ngaji(belajar) di luar negara untuk menuntut ilmu..Zar kena amal tuh kalau tak dok duit gak.."..Pesanan ini selalu arjuna dengari semasa arjuna mengaji kitab kuning -kitab fiqh- dengan beliau.. bukan.. bukan setakat arjuna dengari, tapi arjuna amalkan.. Alhamdulillah.. syukur padaNya, rezeki arjuna sentiasa ada..tidak putus-putus sehingga sekarang.. Allah itu Maha Pemurah..!

Namun, 10 minit sebelum tadi..sebelum menaip post terbaru di ruangan 'create posts' dalam laman blogger.com ini, arjuna didatangi khabar dari seorang sahabat yang mengatakan Tuan Guru Haji Lah, MENINGGAL DUNIA.. khabarnya semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah mengetuai bacaan Yaasin untuk arwah yang ketika itu masih gering.. dan pagi tadi, bumi Pasir Mas dihujani air mata kesedihan dengan pemergiannya Allahyarham yang amat berjasa dalam menabur mutiara ilmu kepada masyarakat..Al Fatihah..!

(Allahyarham Tuan Guru Haji Lah,Pondok Lubuk Tapah semasa hayatnya, seorang yang wara' dan dihormati oleh masyarakat..)

Siapa yang tidak mengenali Tuan Guru Haji Lah..? Seluruh pelosok rakyat negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya mengenali Allahyarham.. boleh dikatakan setiap hari ada sahaja orang mengunjungi Allahyarham untuk meminta 'air tawar',solat hajat dan sebagainya..keramat doa Allahyarham di akui oleh sesiapa sahaja yang pernah meminta khidmat Allahyarham.. khidmat yang tidak pernah diwarwakan oleh media..tidak pernah dikenakan sebarang bayaran..tetapi, khidmat hanya kerana Allah, untuk Allah dan kepada Allah.. semoga segala khidmat itu akan menjadi saham kepada Allahyarham kelak di dunia abadi.. erm..selepas ini tidak akan kedengaran lagi doa Allahyarham di majlis@program solat hajat di stadium Sultan Mohamed Ke 4 lagi.. Al Fatihah..!

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Lah

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada pukul 3 00 petang, hari jumaat, 11 febuari 1933 di pondok Lubuk Tapah Tuan Guru Haji Abdullah telah mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman .Beliau juga telah belajar menulis dan membaca jawi semenjak kecil lagi dengan anak murid ayahnya yang berpengalaman iaitu Almarhum Haji Jusuh atau lebih dikenali sebagai Abang Aji Soh. Pada tahun 1953 , ayahandanya telah menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci, Mekah bersama adiknya Almarhum Haji Ahmad dengan menaiki kapal laut. Masjidil Haram Di Tanah Suci Mekah menjadi pusat pengajian Tuan Guru Haji Abdullah.

( Pondok Lubuk Tapah )

Di antara tokoh guru-guru dan ulamak beliau Syaikh Abdul Kadir Abdul mutalib Al-Mandili, Syaikh Muhamad Daud AlFatani ,Syaikh Abdul Jalil Al Indonisi dan beberapa orang tokoh-tokoh ulamak yang terkenal lagi . Selama hampir 15 tahun berada di Tanah Suci Mekah akhirnya beliau kembali ke tanah air. Sebelum beliau pulang ke tanah air, beliau bersama 14 orang sahabat perjuangan menghadapi ujian terakhir daripada guru-guru, ulamak dengan disuruh membaca mentafsir dan menerangkan isi kandungan beberapa buah kitab agama yang telah dipelajari selama menuntut di tanah Suci Mekah selama satu minggu.

Debaran ujian telah pun berakhir .Kini tiba pula debaran menunggu keputusan, Apabila keputusan diumumkan beliau bersama dua orang sahabatnya menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian daripada guru-guru ulamak pada Muharam 1386 hijrah. Sebelum berangkat pulang ke tanah air beliau juga diberi pesanan dan nasihat oleh guru-guru ulama supaya memanfaatkan ilmu yang telah di pelajari dengan betul dan tepat. Pada tahun 1966 Tuan Guru Haji Abdullah kembali ke tanah air . Beliaulah sebagai pengganti ayahandanya Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk mentadbir dan menerajui Pusat Pengajian pondok Lubuk Tapah.

Hidup mesti terus..!

Assalamualaikum..
Erm.. errrgghp.. Alhamdulillah.. kenyang sungguh.. biasalah musim sekarang ini kat Kelantan khususnya dan kat Selangor sendiri banyak diadakan kenduri kesyukuran sempena kemenangan besar BA baru-baru ini. Apapun, pilihanraya dah berlalu, Pak Lah pun dah bentuk kabinet 'rapuh' yang baru yang dijangkakan hanya sementara lebih-lebih lagi berikutan protes yang jelas ditunjukkan oleh orang kuat UMNO (S.U) sendiri yang baru meletakkan jawatan.. erm.. Memang rapuh..! ade ke patut lantik zaid ibrahim.. rakyat Kelantan sendiri dah jelek dengan si zaid ni.. dah la saman hudud, pernah digantung oleh UMNO sendiri plak tuh..Allah.. Pak Lah tak fikir ke keperluan rakyat?..Kita sama-sama saksikan episod pemerintahan Pak Lah seterusnya..samada akan terus naik atau merudum turun, jatuhhh... kita layyyyaaaan nanti kisahnya..hehe.. Ya Allah, gagalkan mereka yang ingin menghancurkan agamaMU..!







Apa pun, hidup mesti diteruskan.. kerja mesti jalan.. dakwah banyak methodnya.. di sini arjuna sertakan gambar-gambar menarik yang diambil dari program terbaru yang arjuna & team Imtiyaz handle di UKM.. Kursus Motivasi dan Skor A Bahasa Arab..memang sejak kebelakangan ini banyak program yang arjuna kena handle..masyarakat makin terdedah dengan kepentingan bahasa Arab.. rasa cuti macam tak cuti jer.. insyaAllah..jumpa lagi.. jaga diri haa... salam syifa'.;!

Monday, March 10, 2008

Syukur, Terima Kasih Dan Tahniah..!







Assalamualaikum...
TAHNIAH kepada semua rakyat Malaysia..!TAHNIAH..!!Pak Lah..,letaklah jawatan..rakyat dah tak mau dah..Apepun, angan-angan BN nak rampas Kelantan hanya tinggal angan-angan semata-mata..ALLAH masih lagi memelihara negeri Kelantan.. dan terus memberi rahmat kepada rakyat Kelantan dengan kepimpinan ULAMA'..TAKBIR!!ALLAHUAKBAR..!






Politik Malaysia malam ini bergegar kuat susulan kemenangan besar-besaran parti pembangkang di banyak kerusi, termasuk merampas Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Sewaktu mengumumkan ketewasannya, pemangku presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata BN tewas sekurang-kurangnya 30 kerusi di Pulau Pinang daripada 40 kerusi.

Kerusi-kerusi yang dimenangi BN pada 2004 dengan majoriti lebih 15,000 undi jatuh dengan mudah ke tangan pembangkang di Selangor dan Wilayah Persekutuan -- malah dengan majoriti yang besar.

Kerusi-kerusi yang selama ini sukar ditembusi pembangkang Melayu di Lembah Klang hari ini tumbang di tangan calon-calon wanita pembangkang - Titiwangsa dan Lembah Pantai (Kuala Lumpur) dan Kota Raja (Selangor).

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dan Dr Siti Mariah Mahmud, dua tokoh wanita PAS yang dianggap progresif, menang di Titiwangsa dan Kota Raja.

Sementara Nurul Izzah, anak mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalahkan orang kuat wanita Umno di Lembah Pantai -- suatu keputusan yang hampir-hampir mustahil di atas kertas.

Malah PAS yang tidak pernah dikaitkan dengan Johor, kali ini menang di dua kerusi negeri, Maharani dan Sungai Abong. DAP pula menguasai kerusi-kerusi Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai.



Selain mengekalkan Kelantan dengan majoriti lebih besar -- 40 daripada 45 kerusi -- dan merampas empat lagi negeri, parti-parti pembangkang menjatuhkan tiga tokoh besar parti komponen BN.

Pemimpin teratas MIC, Gerakan dan PPP - masing-masing tumbang di Sungai Siput (Datuk Seri S Samy Vellu), Batu Kawan (Koh Tsu Koon) dan Taiping (Datuk M Kayveas).


Malah semua barisan utama MIC, yang menjadi sasaran kemarahan komuniti India seperti tergambar melalui gerakan Hindraf, berguguran satu demi satu di semua kerusi, dari Perak ke Negeri Sembilan.

Presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah; begitu nasib ketua pemuda dan ketua wanitanya.

Perhimpunan para pemimpin utama negara, yang selalunya diadakan di bangunan PWTC tidak dihadiri sebarang pemimpin utama BN walaupun lebih kurang 80 wartawan, termasuk televisyen, menunggu sejak dua jam terawal.

Selalunya Perdana Menteri, sebagai pengerusi BN, akan mengumumkan kemenangan parti ini secara langsung di TV apabila jumlah kerusi parlimen calon-calonnya mencecah majoriti mudah.
Dijangkakan pada awalnya, seperti lazim, majoriti mudah diperolehi pada 11 malam.

Bagaimanapun hanya pada 2:50 pagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan naib presiden Umno Datuk Seri Rustam Ali muncul di depan media.

Kumpulan wartawan yang menunggunya lebih enam jam lebih ramai daripada penyokong BN di bangunan tersebut -- sesuatu yang tidak pernah kelihatan sebelum ini dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan.

Koh, bekas ketua menteri Pulau Pinang, dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terkejutnya dengan kemenangan luar biasa dan di luar jangkaan.



Nik Aziz, di sidang medianya di pejabat perhubungan PAS negeri, menggesa semua pemimpin pembangkang agar "tidak membalas dendam" dan "menjaga baik-baik kemenangan" ini.

Dalam suasana penuh kejutan, muram dan keletihan itu, tiba-tiba muncul persoalan wajarkah Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak tahu siapa yang tekan saya," kata Abdullah apabila ditanya sama ada beliau ditekan agar meletakkan jawatan susulan ketewasan banyak kerusi BN.

"Saya tidak akan meletakkan jawatan."

"Tsunami politik", ungkapan penasihat DAP Lim Kit Siang, akhirnya berjaya menafikan dua pertiga BN dengan angka menarik, setakat ini, 31 kerusi parlimen kepada PKR, 28 DAP dan 25 PAS.

Semua parti ini tentunya bergembira tetapi kegembiraan luar biasa dikecapi PKR apabila melonjak daripada satu kerusi yang nyawa-nyawa ikan di Permatang Pauh.

Tidak pernah wujud lanskap politik seumpama ini di Malaysia -- tidak pada era reformasi 1999, tidak sewaktu perpecahan Umno menjelang 1990 dan tidak juga keresahan 1969.

Hari ini seseorang yang membuka mata, dan dengan penuh sedar cuba memahami, dia sebenarnya telah melangkah ke sebuah dunia baru yang tidak pernah dikenalinya -- sama ada menawarkan harapan indah atau cabaran membingungkan.

Monday, March 3, 2008

Pi..PI..PIIIRRAAHH..!



Assalamualaikum..

Sedikit ulasan daripada Arjuna sepanjang balik ke Kelantan ini. Arjuna ditugaskan untuk mengendalikan beberapa ceramah-ceramah kelompok di kawasan DUN yang Arjuna tinggal.. Alhamdulillah..maklum balas yang boleh arjuna simpulkan..BN takkan dapat kuasai Kelantan..Rakyat sudah jelas bencikan BN..terutamanya kalau di Kelantan ini kepada Anuar Musa, Azmi Miah dan Awang Adek..InsyaAllah..perjuangan Islam akan menang..tolong doakan deh..takbiir..!Allahu Akbar..!


Pak Lah datang ke Kelantan dan mengatakan " Jika BN menguasai dan menang di Kelantan, kedudukan orang Melayu akan lebih terbela dan di jamin "

..satu kenyataan yang retorik dan tidak sedar diri.. wahai Pak Lah, fikirlah sebelum bercakap..rakyat dah muak dengan kenyataan seperti itu.. sebelum hang ingin membela nasib Melayu di Kelantan, bela dan bantulah dulu nasib orang Melayu di Pulau Pinang tue..tempat negeri kelahiran hang..bagi balik jawatan Ketua Menteri kepada orang Melayu kerana mojotiti rakyat Pulau Pinang adalah ahli UMNO bukan Gerakan.. kenapa hang tak bagi kat orang Melayu tetapi bagi kat Cina..?..toksah mai Kelantan laa..pi balik Penang dulu..pi..pi..piirrah..

Tok Najib Sinaran datang Kelantan dan berkata.. " Andai rakyat Kelantan memberi kemenangan kepada BN pada pilihanraya kali ini, BN akan menjadikan negeri Kelantan sebagai pusat tamadun Islam yang terkemuka dan lebih daripada yang kerajaan PAS buat sekarang.."

Ni sorang lagi..wahai Najib Sinar..tak payah la nak berjanji macam-macam kat sini..kalau betul BN boleh buat itu semua..tunjukkan dulu di 13 buah negeri yang lain yang BN kuasai sekarang ini..buktikan..!terutamanya di negeri PAHANG yang anda wakili..hapuskan pusat judi yang terbesar di Asia itu,hapuskan dulu pusat pelacuran yang berdiri megah kat sana itu..itu yang Islam larang..atau Islam Had hari anda membolehkan itu semua..? Andai boleh..anda jangan mimpilah nak kuasai Kelantan..kami benci itu semua..kami lebih senang dengan Islam hakiki yang Tok Guru bawa sekarang..lebih aman dan makmur..!

salam syifa'..

Gambar-gambar menarik...