Wednesday, November 29, 2006

Rufaqa' dan Murtad : Rumput dan Lalang..

SHAH ALAM: Dua lelaki bergelar ‘sheikh’ atau ketua kumpulan Rufaqa’ bersama kira-kira 100 pengikut, termasuk kanak-kanak dan wanita berusia lima hingga 60 tahun, ditahan di sebuah premis dua tingkat di Seksyen 13, di sini, semalam, kerana disyaki cuba menghidupkan semula ajaran al-Arqam.
.........................................
Assalamualaikum..
Kat atas ini adalah keratan akhbar Harian Metro (28 Nov 06)..tentang penangkapan ahli2 kumpulan Rufaqa' yang semakin aktif dan sekarang ni mereka dituduh oleh kerajaan untuk mengembalikan semula ajaran Al-Arqam yang telah diharamkan oleh JAKIM satu ketika dulu..
Arjuna rasa lucu pula bila memikirkan tentang keadaan negara kita sekarang ni..dulu, heboh kisah Ayah Pin..pemilik kerajaan langit yang hebat dan bermastautin di Besut Terengganu..sehebat-hebat polis negara kita (diiktiraf sebagai diantara terhebat di dunia), masih lagi belum menjumpai jasad Ayah Pin..hebat juga ye orang tua tue..patutlah sami pun minum air basuh kaki dia..tak lama selepas tu, timbul pula isu seorang lelaki yang mengaku sebagai rasul akhir zaman..dia buat macam-macam spekulasi sehingga lah akhirnya dia terpaksa buat satu sidang akhbar untuk menyatakan peletakan jawatannya sebagai rasul..katanya tidak tahan dicemuh masyarakat..dah ada pengganti kot sekarang nie..hehe..
Kini yang terbaru, kisah Rufaqa', yang dulu namanya Al-Arqam..yang dikatakan cuba mengaktifkan balik ajaran Abuya nya..pening-pening..dan semua cerita yang arjuna beritahu ni mendapat liputan meluas akhbar-akhbar di Malaysia...anda semua pun dah tau kan..
Tapi, yang arjuna hairan...berita-berita tentang murtad macam biskut Oreo..malah lebih teruk daripada tue..biskut Oreo tu,sekejap ada..sekejap takde..tapi berita tentang murtad nie, sekejap ada...tapi langsung takde sekarang nie..seolah-olah kerajaan kita memandang isu ini hanya sebagai isu sampingan yang tidak perlu di beri keutamaan..bila Sohibus Somahah Dato Seri Harussani Zakaria mengeluarkan kenyataannya dulu, ramai yang menafikan termasuk 2,3 orang Menteri Kabinet..mereka kata kalau nak keluarkan kenyataan kena ada fakta..tapi masalahnya sekarang nie, kenapa pihak berwajib masih belum menyatakan fakta yang benar tue...kenapa?..kalau fakta mufti tu salah..di mana fakta yang betul nya?..isu ni melibatkan akidah dan agama kita..jangan baling batu sembunyi tangan...pengecut!!
Ketika arjuna balik bercuti di Malaysia dulu, arjuna diberi peluang untuk membacakan khutbah yang dibuat oleh FORKAD(FRONT BERTINDAK ANTI MURTAD), khutbah tersebut sempena Aidlfitri yang bertajuk..MURTAD : FITRAH YANG DICEMARI..(lebih kurang laa..)..khutbah tersebut di tulis oleh Dr Azahar Yaakob, kebetulan Dr Azahar nie jiran arjuna di kampung, pernah beliau menyatakan semasa kuliah beliau berkenaan kajian yang beliau buat tentang Murtad di Malaysia ( tesis master beliau)..kajian tersebut berkenaan fenomena murtad di malaysia..pada tahun 1998/99 sahaja lebih 120,000 orang yang telah murtad termasuk mereka yang mendaftarkan diri dengan pihak berkenaan untuk menukar nama kepada nama Kristian dan ini hanya di kawasan Lembah Klang sahaja...kita sama-sama fikirkan tempat-tempat lain termasuk Sabah dan Sarawak yang lebih mencabar...
Kalau lihat kepada pernyataan di atas, agak-agak betul ke tindakan kerajaan kita sekarang nie..?bukan nak membangkang kerajaan tapi, nak menegur..bahawa benda ini amat penting..tak boleh di pandang sebelah mata sahaja..! Isu murtad yang dinyatakan oleh Dato Mufti sepatutnya tidak dikritik tapi dipandang positif dan cuba siasat..dan kerajaan kena bersama-bersama menyelesaikan masalah ini..tidak hanya tumpu pada politik semata-mata...sampai lupa pada agama!..kan politik juga sebahagian daripada agama...!
Hebohlah bila ada ajaran sesat, bagus..memang kena tangani mereka ..tapi jangan bila datang cerita pasal kes murtad buat tak tahu sahaja..sepatutnya ia lebih utama..kerana ini adalah masa depan agama kita...agama ni bukan benda main-main..!Tidak perlu kerajaan bersusah payah nak memotong rumput yang berada di bawah lalang..potong lalang dulu..baru senang nak potong rumput tue..penyakit juga nie...moga ALLAH datangkan syifa'nya..
salam syifa'...

Tuesday, November 28, 2006

Ku Harap Musafir Mu Kembali...

Assalamualaikum..
Esok adalah salah satu tarikh keramat untuk arjuna..musafirnya seorang yang bermula sebagai kawan kemudian bertukar menjadi teman sehinggalah sekarang arjuna menganggapnya sebagai sahabat..!Sifatnya yang seolah-olah tidak tahu erti 'kemarahan',kerajinannya yang boleh dikatakan maa'ruf di kalangan teman-teman,seorang yang tahu mengambil hati dan mengenang budi..malah tidak keterlaluan andai arjuna katakan sepanjang 2 tahun melayari bahtera ilmu di sini,tidak pernah sekalipun arjuna terasa hati bila bersamanya..
Itulah beliau..bukan arjuna lebih-lebih memuji seorang sahabat..tapi,beliau sungguh berperanan dalam hidup arjuna..setiap kali arjuna rasa susah..jiwa ini akan teringatkan beliau yang tabah dengan masalah yang menimpa keluarganya..ayahnya sakit barah tulang..beliau anak lelaki sulung..dan inilah sebab beliau terpaksa meneruskan perjuangan di bumi sendiri..
Walaupun,masalahnya lebih hebat daripada arjuna,hidup beliau sungguh tenang..andai ada teman-teman berkunjung ziarah ke rumah,tidak pernah beliau menyambutnya dengan wajah mencuka walaupun tika itu jiwanya berserabut..secawan 'syai' tetap dihidangkan..andai ada apa2 didapur,walaupun indo -mee..kami tetap dapat merasainya...itulah beliau..
Penyakit yang menimpa jiwa beliau dapat disyifa'kan..arjuna bangga dengan beliau..beliau lah sahabat..yang banyak memberi dorongan dan motivasi pada jiwa arjuna..kenangan setiap kali bergunting rambut dengan beliau tetap kejap di jiwa arjuna..masa tu,arjuna akan bernasyid..dan beliau akan menegur supaya arjuna berhenti kerana suara arjuna sedap sangat..yang tak tahannya beliau takut hujan..tak boleh gunting rambut lagi..hehe..
'Ala kullin...beliau tetap di ingatan arjuna...SUHAIMI SULAIMAN..arjuna tetap menantimu kembali..dikaulah teman..dikaulah sahabat...! Moga semangat untuk berjuang tetap membara..
salam syifa'..

Monday, November 27, 2006

Tsunami Ke dua?...

KUALA LUMPUR: Pengendali ‘daif’ sebuah lawan web lucah di internet dikesan cuba mengaut keuntungan daripada orang ramai dengan menggunakan gambar serta klip video yang kononnya diperoleh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika operasi menangkap pasangan berkhalwat sejak setahun lalu.
.............................................

Assalamualaikum...
Inilah yang termuat dalam Harian Metro hari ini, kemahiran dan kepandaian yang disalah guna oleh sesetengah manusia yang menganggap tindakan mereka betul...dulu JAWI pernah dikaitkan dengan isu THE ZOUQ yang menggemparkan negara kita..sehingga memaksa para menteri masuk campur..setelah dikatakan tindakan mereka itu salah,menyalahi hak-hak peribadi seorang rakyat kerana menahan mereka yang membuat maksiat dalam kelab neraka tersebut...inilah hakikat dunia sekarang...orang buta pun dikatakan celik..orang cacat pun dikatakan sempurna..orang salah pun dikatakan betul..kalau ikut telunjuk mereka yang menjadikan takhta,wanita dan harta sebagai kiblat...

Sekarang lihatlah..Jabatan Agama pun diperbodohkan oleh mereka..kerana mereka yakin,selagi ada raja yang meletakkan nafsu sebagai pimpinan masih berkuasa..mereka akan bebas..kalau kena pun,setakat bayar rm2@300...atau pun rmmailto:rm2@3000..mereka akan bebas..kemudian mereka akan aktif balik..mengaut keuntungan berlipat kali ganda balik..dan memalukan Jabatan Agama dengan lebih dasyat lagi..ini realitinya..

Cuba pergi ke chow kit..lorong haji taib..bukit antarabangsa...genting highland..tempat-tempat ini maa'ruf..sarang neraka..tapi,apa tindakan yang diambil kepada mereka?..memang ada serbuan..kena tangkap..masuk dalam rancangan 999..lepas tue,pergi la malam keesokan selepas tangkapan tersebut..nescaya..anda akan rasa tertipu dengan helah mereka..siapa yang salah?

Apa yang arjuna nak kongsi di sini..adalah..ini juga penyakit yang mesti dicari syifa' nya..sampai bila kita nak lihat Islam diletakkan di bawah tapak kaki mereka kemudian dipijak lumat2..?sampai bila?..tidak ada ke dalam hati kita secebis rasa untuk menghalang benda ini..? di mana sensitiviti kita terhadap agama yang semakin ditindas ini?..nak tunggu tsunami ke dua datang dulu ker?..Ishh..kita sama2 fikir nasib kita sendiri..tanya iman..bagaimana untuk mencari syifa' kepada penyakit ini..salam syifa'..!

Sunday, November 26, 2006

Anda Lelaki?..Ini Untuk Anda..

Ketahuilah lelaki, semakin kau lari, semakin dia menghampiri,
Usah dinafikan,
Ikutlah kata hati, satu saat kau pasti jua akan bicara mengenai an-nisa...
Usah dinafikan kata naluri,Jangankan dikau manusia biasa,
Nabi Muhammad SAW pun sunyi tanpa an-nisa,Apa lagi yang tidak ada di Syurga,
Nabi Adam masih juga rindukan Siti Hawa...
Hakikatnya,Kami perlukan ar-rijal sebagai pemimpin sufi,
Menelusi jalan yang penuh duri,
Jangan jinakkan kami dengan harta duniawi,
Itulah punca kami menjadi liar,
Jangan hiburkan kami dengan kecantikan,
Itulah punca kami derita,
Kenalkan kami dengan mahabbah fillah,
Kenalkan kami dengan cinta Allah,Zat yang kekal,
Pada-Nya kami berserah...
Kami juga punyai hasrat, impian dan amarah,
Jika di lorong itu,
Kau cuma menjeling sepi,
Siapa lagi yang akan membongkar diskriminasi duniawi,
Jika kami dah jelas bengkok,Kenapa tidak kau luruskan,
Antara bohsia dan ar-rijal,
Kenapa terlalu jauh dibezakan,Kalau pemimpin itu adalah syuhada,
Jangan biarkan kami hanya kerana impian lelaki...
Eksploitasi dan diskriminasi duniawi,
Mengagungkan kami,
Sehingga lahirlah Aishawarya Rai, Erra Fazira, Jenniffer Lopez,
Kamilah women gladiator,Di ceruk mana pentas dunia pun,Kamilah teratas,
Tapi,
hakikatnya akhlak kami di kaki lelaki,Kami derita dengan nama,Kami liar mengejar kemewahan,Tiada janji yang abadi...

Jika cinta ini kosong,Huru-haralah masyarakat,
Ibu kan kehilangan anak,
Suami kehilangan isteri,
Bapa kehilangan puteri,
Bila kami derhaka,
Duniamu akan huru-hara,Bila tulang rusuk menjadi rapuh dan patah,
Rosaklah jantung, hati dan limpa...
Inilah akibat kerana lelaki,Akibat kami tidak kenal Tuhan,
Tidak kenal diri sendiri,
Apa lagi mengenal lelaki...

Ketahuilah ar-rijal,Jika cinta ini subur pada-Nya,
Bahagialah dan beruntunglah dirimu,
Kamilah pencipta sejarah,
Sejarah Rabiatul Adawiyah telah pun terbukti,
Cinta pada Yang Esa tidak berbelah bagi,
Sejarah Khadijah menuntut pengorbanan...

Tiada apa yang kami harapkan,
Jangan biarkan kami kecewa hanya kerana,
Mata hatimu yang gagal mengenali kami,
Kamilah insan terhampir denganmu,
Kamilah ibu, kamilah anak, kamilah teman hidupmu,
Semakin kau lari, semakin kami hampiri,
Siramilah kami dengan sinar Islam,
Pimpinlah kami bukan kerana rupa,
Kerana hati ini lebih kekal dari yang sementara....
p/s : di tujukan kepada lelaki...termasuk la penulis..huhuhu...

Mereka Tanya..

Assalamualaikum..
Ada yang tanya kenapa guna syifa' ?
macam nama perempuan..
macam takde nama lain..
hmm..memang nama yg boleh dipilih amat banyak..
apa ada pada nama?..
tp,..
sedar atau tidak..
kita semua memerlukan syifa' dariNYA..
kita sekarang sedang SAKIT!..
tidak terkira banyaknya penyakit yg ada dalam diri kita..
mengaku atau tidak..?
Allah berfirman mafhumnya ; Al Quran itu adalah syifa'..
tetapi,mengapa para huffaz masih lagi SAKIT?
walaupun Al Quran sudah tersemat kemas dalam dada mereka..
mengapa?..apa penyakit kita?..
kita tidak sedar..
dalam jiwa kita masih ada lagi secebis takabbur, riya', 'ujub, hasad, suu dzon..
akhlak kita masih belum kalah dengan namimah,ghibah..
fikrah kita masih lagi berkiblatkan barat, yahudi..
malah banyak lagi penyakit kita yg kita tidak sedar!!..
tanpa disedari kita sedang SAKIT tenat...
yang kita sedar..
demam cari panadol..
luka cari pembalut..
sakit gigi hanya dicabut..
sakit urat hanya diurut...
ini yang kita sedar kan??...
insyaALLAH..sama2 kita ubah diri kita!
kerana tiada siapa yang boleh ubah diri kita melainkan kita sendiri...!
salam syifa'...

Ku Bermula...

Assalamualaikum...
Hari ini ku bermula..
hari ini ku merangkak..
hari ini ku bertatih..
mencari satu kekuatan..
kekuatan yang bisa menebus kekalahan..
ku memulakan langkahan..
langkahan untuk mencari ketenangan..
ketenangan yang diredhai Tuhan..
salam ukhwah demi keimanan..!